Catatan

Tunjukkan catatan dari April 7, 2020

Kerja dari rumah semasa wabak Covid-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak virus novel corona (COVID-19) sebagai pandemik. Bilangan kes covid-19 yang disahkan positif telah meningkat di seluruh dunia. Untuk meminimumkan penyebaran COVID-19 di Malaysia dan juga di kebanyakkan negara di seluruh dunia, kerajaan telah mengarahkan pekerjanya (kecuali yang menyediakan perkhidmatan kecemasan dan perkhidmatan awam penting) untuk bekerja dari rumah sejak awal Februari 2020. Mengikut garis panduan kerajaan, majikan sektor swasta telah mengamalkan perkiraan kerja fleksibel yang sama, yang mendorong banyak kompeni swasta menggalakkan atau meminta pekerja mereka bekerja dari rumah. Oleh kerana penyebaran COVID-19 berterusan dan bekerja dari rumah menjadi "normal baru", adalah penting bahawa majikan mengambil perhatian mengenai isu-isu undang-undang berkaitan yang mungkin akan timbul. Hak privasi Pekerja yang bekerja dari rumah mungkin menggunakan komputer peribadi untuk mengakses sistem kerja...